Wednesday, November 19, 2008

Kata-Kata Aluan

Tahniah dan syabas kerana memilih haikal cafe sebagai pusat mendapatkan khidmat nasihat dan pembelian produk makanan kesihatan dalam menjaga kesihatan keluarga anda.

Kami sentiasa memberi anda pilihan produk-produk kesihatan yang terbaik dipasaran. Kami hanya memilih produk yang berkesan dan berkualiti. Setiap pelanggan kami adalah ibarat keluarga kami juga. Kami prihatin mengenai masalah kesihatan anda dan keluarga anda.

Tubuh kita adalah amanah dari Tuhan untuk kita gunakan semasa hidup didunia ini sehingga Tuhan mematikan kita dan berjumpa dengan Nya didunia seterusnya. Oleh itu kita semua mesti pandai menjaga kesihatan tubuh kita dan tahu mengenai ilmu menjaga kesihatan tubuh.

Jangan abaikan keperluan tubuh anda setiap hari. Jika anda abaikan penjagaan kesihatan tubuh anda, maka tubuh anda akan mendapat penyakit yang akan mengubah hidup anda dan keluarga anda ke alam derita, sengsara dan penuh kesedihan. Doktor bukanlah orang yang menjaga kesihatan anda, tetapi andalah yang memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan anda. Di haikal cafe kami berkongsi ilmu dengan anda secara percuma mengenai ilmu penjagaan kesihatan tubuh yang wajib diketahui oleh semua orang kerana tubuh kita hanya satu dan Tuhan tidak sertakan alat ganti sekiranya rosak. Sekiranya rosak, maka kita akan cacat anggota..

Sekali lagi terimakasih kerana menjadi sebahagian dari keluarga pengguna haikal cafe.


Salam sayang dari kami.
Haikal cafe.

No comments: