Wednesday, November 19, 2008

Kata-Kata Aluan

Tahniah dan syabas kerana memilih haikal cafe sebagai pusat mendapatkan khidmat nasihat dan pembelian produk makanan kesihatan dalam menjaga kesihatan keluarga anda.

Kami sentiasa memberi anda pilihan produk-produk kesihatan yang terbaik dipasaran. Kami hanya memilih produk yang berkesan dan berkualiti. Setiap pelanggan kami adalah ibarat keluarga kami juga. Kami prihatin mengenai masalah kesihatan anda dan keluarga anda.

Tubuh kita adalah amanah dari Tuhan untuk kita gunakan semasa hidup didunia ini sehingga Tuhan mematikan kita dan berjumpa dengan Nya didunia seterusnya. Oleh itu kita semua mesti pandai menjaga kesihatan tubuh kita dan tahu mengenai ilmu menjaga kesihatan tubuh.

Jangan abaikan keperluan tubuh anda setiap hari. Jika anda abaikan penjagaan kesihatan tubuh anda, maka tubuh anda akan mendapat penyakit yang akan mengubah hidup anda dan keluarga anda ke alam derita, sengsara dan penuh kesedihan. Doktor bukanlah orang yang menjaga kesihatan anda, tetapi andalah yang memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan anda. Di haikal cafe kami berkongsi ilmu dengan anda secara percuma mengenai ilmu penjagaan kesihatan tubuh yang wajib diketahui oleh semua orang kerana tubuh kita hanya satu dan Tuhan tidak sertakan alat ganti sekiranya rosak. Sekiranya rosak, maka kita akan cacat anggota..

Sekali lagi terimakasih kerana menjadi sebahagian dari keluarga pengguna haikal cafe.


Salam sayang dari kami.
Haikal cafe.

Tuesday, November 18, 2008

KEDUDUKKAN TEMPAT



Manufactured for:
SARA HERBA
No.15, Rumah Kos Rendah LKNP,
28500,lanchang,Pahang D.M
Tel:017-2854272


Formulation & manufactured by:
TPM Biotech Sdn.Bhd
Kg.Ulu Sungai,Mukin Batu Talam
27610 Raub,Pahang D.M.Malaysia

Untuk Tempahan dan pertanyaan:
Stokis,
Abg soleh,pantai timur/selangor
Tel:017-3476370
@
Abg lee,
lembah kelang/selangor
Tel:013-6282807 -Penghantaran percuma.
Email:leehaikal77@yahoo.com

SESIAPA YANG INGIN MENJADI PENGEDAR SILA HUBUNGI TALIAN DIATAS


Cara penghantaran:
Penghantaran akan dibuat dengan menggunakan pos laju/ekpress. Nombor tracking akan diberitahu untuk memudahkan anda membuat semakan mengenai status penghantaran.kos pos RM8.00

GAMBAR PRODUCT

KOPI PRACAMPURAN HAIKAL CAFE
RM24.00
RM18.00


HAIKAL TEH HERBA MISAI KUCING
RM16.50

HAIKAL TEH HERBA MISAI KUCING




KHASIATNYA:
1.Membuang dan mencuci darah dari toksid berlebihan.
2.Merawat tekanan darah tinggi.
3.Merawat kencing manis.
4.Memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang bagi membantu mengelakkan penyakit batu
karang serta jangkitan saluran air kencing.
5.Membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutama dari sendi.
6.Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah mengelakkan gout malah membantu menyikirkan asid urik yang berlebihan.

Tongkat Ali / Pask Bumi (Eurycoma Longfolia)


Sejenis tumbuhan semulajadi yang terdapat di Malaysia, dalam sejarah perubatan tradisional, gunanya untuk menguatkan tenaga serta menghilangkan sakit badan, pinggang, tengkuk dan sendi-sendi. Diracik halus, dijemur hingga kering dan direbus. Airnya diminum.

Tongkat Ali Hitam is a small evergreen plant that grown wild in the rainforest and organic farm of Malaysia, is a kind of Traditional Medicine, herb with numerous and powerful benefits as below:

*Improves physical and mental performance.
*Enhances energy level, endurance and stamina.
*Improves blood circulation.
*Reduces mental fatigue and exhaustion

GANODERMA( LING ZHI)


APA ITU GANODERMA( LING ZHI)

Ganoderma/LingZhi adalah sejenis cendawan yang telah diberi penghormatan tertinggi oleh masyarakat Cina purba dan lebih dikenali sebagai Raja Herba Yang Ajaib. Sehingga kini lebih daripada 2,500 spesis Ganoderma telah dijumpai dan angkanya sedang meningkat ekoran penemuan spesis Ganoderma lain oleh pakar penyelidik sedunia.
Ganoderma mengandungi lebih 200 elemen aktif yang boleh dibahagikan kepada 3 kategori dengan kadar 30% elemen larutan air, 65% elemen larutan organik dan 5% elemen volatail. Dari 200 elemen tersebut hanya, Polisakarida, Organik Germanium, Adenosin, Triterpenoid dan Esen Ganoderik yang sedang giat dikaji oleh pakar perubatan

Kandungan organik Germanium yang berada pada kadar 6000ppm mampu meningkatkan pembawaan oksigen dalam darah sehingga 1.5 kali ganda atau 150%. Ini mempercepatkan proses pembuangan toksid(keracunan)dalam badan dan ianya adalah 4-6 kali ganda lebih baik daripada Ginseng.

MENGAPA KITA MEMERLUKAN GANODERMA
Kebanyakan penyakit yang kronik berpunca dari ketidakseimbangan fungsi badan disebabkan oleh timbunan toksid.
Ganoderma berupaya membuat pemeriksaan kesihatan ke atas tubuh badan untuk membongkar penyakit yang tersembunyi. Ia dapat menyingkir toksid dan membuat tubuh badan menjadi sebaik-baik doktor untuk mengubati penyakit dengan menggunakan sistem imun yang semulajadi.

UBI JAGA (Rhizome Smilax)


Sejenis tumbuhan semulajadi yang terdapat di Malaysia, dalam sejarah perubatan tradisional, di gunanya untuk menambah tenaga batin kaum lelaki dan menbantu peredaran darah. Dimakan terus bersama sirih dan pinang.

Ubi Jaga is a a creeper plant that grown wild in the rainforest and organic farm of Malaysia,is a kind of Traditional Medicine in history, and used as one of herbal mixture to strengthen male Energy.

*Increase general health and energy.
*Improves nerve system and blood circulation.
*Increase male sexual power.
*General tonic for male

Pengenalan misai kucing


Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Pokok Misai Kucing

Nama Tempatan : Misai kucing

Nama Saintifik : Orthosiphon aristatus /stamineus benth

Nama Lain : Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee,

Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher

Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis

Koetjing and Yaa Nuat Maeo.

Latin name : Orthosiphon spicatus

Famili : Lamiaceae

Keterangan:

Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah herba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke20.

Kegunaan

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Huraian

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.

Penyelidikan semasa telah mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing sebagai berpunca daripada komponen fenolik dan flavonoid. Sebatian-sebatian ini merangsang pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa kaedah. Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui ginjal (buah pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan cara yang tidak memudaratkan ginjal. Ini menjadikannya antara bahan diuretik paling selamat di kalangan ubatan herba. Sesetengah daripada hasil penyelidikan awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai kegunaannya sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia merupakan salah satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu karang. Ia disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid urik. Dos saranan untuk herba kering ialah 300 - 800 mg sehari, yakni kira-kira 1.5 - 4 gram daun segar.

Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai rawatan sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Disamping itu juga, misai kucing digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Penyelidikan juga telah mendapati ianya bersifat antiseptik.

Para penyelidik daripada Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah), penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium. Ini menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu. Dalam satu kajian yang hasilnya diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung pada dos (dosedependent).

Pakar ubatan herba tradisional Indonesia juga telah menggunakan herba ini untuk merawat diabetes (kencing manis) dan kesannya disahkan apabila pada tahun 2007 para penyelidik daripada Jabatan Farmakologi, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Thailand menerbitkan laporan berhubung kesan Orthosiphon terhadap glukosa darah pada tikus yang diaruh supaya berpenyakit diabetes. Kajian berkenaan menunjukkan bahawa dalam satu ujian ketahanan glukosa, pati Orthosiphon (0.2 - 1.0g/kg) menurunkan kepekatan glukosa plasma dengan ketara secara bergantung pada dos (dose-dependent) pada tikus biasa dan tikus berdiabetes. Menjelang tamatnya kajian ini profil lipid juga telah bertambah baik dengan kepekatan gliserida plasma lebih rendah pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini berbanding tikus yang tidak dirawat, manakala tahap kolesterol Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (kolesterol baik) juga naik secara ketara pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini. Ini merupakan satu contoh baik penggunaan ubat tradisional yang disokong dengan pengesahan saintifik bagi setiap kegunaannya secara tradisional. Paling penting sekali, herba ini menawarkan rawatan sokongan yang selamat dan berkesan bagi masalah berhubung penuaan yang paling sering berlaku, yakni sakit dan sengal sendi, hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.

Secara ringkasnya kepentingan daun misai kucing adalah seperti berikut:

* Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
* Digunakan untuk merawat areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
* Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
* Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing).

Berfungsi untuk :

* Kencing manis
* Darah tinggi
* Mengelak jangkitan saluran kencing
* Mengelakkan batu karang (kencing lawas)
* Merangsang kesihatan prostate
* Menggalak hormone testeron
* Membantu menyingkirkan asid urik (gout)
* Arthritis
* Reumatik
* Nephritis
* Arteriosclerosis
* Mengurangkan kadar kolestrol
* Melancarkan peredaran darah
* Mengurangkan penyakit kardiovaskular
* Anti kanser
* Sakit jantung
* Merangsang sistem imunasi

Saturday, November 15, 2008

Friday, November 14, 2008

KOPI PRACAMPURAN

HAIKAL CAFE

DENGAN 4 HERBA UTAMA TERPILIH
EKSTRAK TONGKAT ALI
EKSTRAK UBI JAGA
EKSTRAK MISAI KUCING
EKSTRAK GANODERMA

KHASIATNYA
MENAMBAH TENAGA KELAKIAN
MERAWAT PENYAKIT KENCING MANIS
MENSTABILKAN TEKANAN DARAH TINGGI
MENCUCI DARAH DARI TOKSID
MEMBERSIHKAN BUAH PINGGANG
MEMPERBAIKI SALURAN KENCING
MEMBANTU MENGELAKKAN PENYAKIT BATU KARANG
MENGELAK PENYAKIT GOUT
MEMBANTU MENYINGKIRKAN ASID URIK BERLEBIHAN
MENGHILANG KELESUAN
MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR KECIL/BESAR
MENURUNKAN BERAT BADAN